gravatar

Panduan mudah membina blog blogger

1. Apa itu Blog?
Perkataan Blog berasal dari singkatan perkataan Web Log adalah satu laman web yang boleh disunting dengan pelbagai artikel dan widget dari masa ke semasa mengikut citarasa anda.
2. Cara bina blog?
Pertama sekali, untuk membina blog sendiri anda memerlukan satu akaun e-mel dari Google. Saya mengesyorkan anda membuka akaun e-mel dari google kerana anda boleh menggunakan kat laluan yang sama untuk login ke blogger. Perkara ini tentu memudahkan anda untuk mengingati kata laluan.
3. Dapatkan blog percuma
Menggunakan blog percuma adalah satu platform yang baik bagiproses pembelajaran orang baru (newbie) yang ingin berjinak-jinak dengan blog ini sebelum menggunakan blog yang berbayar. Ikuti langkah mudah yang seterusnya di bawah ini.
4. Layari blogger untuk membina satu blog impian anda. Paparan seperti berikut akan terpapar, kemudian gunakan kata laluan yang sama dengan kata laluan e-mel anda.
<
5. Pada bahagian Display Name ini anda letakkan nama yang anda ingin paparkan dalam blog nanti. Contohnya di sini, saya meletakkan nama sebagai Faiz Shafie atau apa-apa nama yang anda suka. Email Notification dan Acceptance Of Terms klik dalam box tersebut (seperti dipaparkan). Kemudian tekan butang CONTINUE

6. Pada Blog Title letakkan apa-apa tajuk untuk blog anda. Blog anda perlukan tajuk juga. Contohnya, saya letakkan Blog Saya. Nama blog ini anda boleh tukar dari masa ke semasa. Pada ruang, Blog Adress (URL) pilih nama yang sesuai dengan tajuk blog anda. Contoh, saya letkkan nama blog saya FaizShafieBlog (pastikan nama blog anda ditulis rapat-rapat). Kemudian. tekan butang CONTINUE

7. Pada bahagian ini, teruskan lagi dengan mengklik butang CONTINUE. (Anda boleh juga menukar theme blogspot yang lebih cantik)

8. Tahniah! Blog anda telah siap di bina. Sebelum itu, cuba membuat post ke dalam blog baru anda. Lihat langkah di bawah.

9. Ini blog anda, tulis apa-apa artikel yang anda mahu tetapi pastikan artikel anda bermanfaat untuk orang lain dan tidak menyentuh isu-isu yang sensitif (silap2 kena saman). Kemudian, klik butang CONTINUE lagi :)
<
10. Kemudian, artikel yang baru anda siap tulis tadi telah dipaparkan ke dalam blog anda. Jemput kawan-kawan anda ke blog anda.




Entri Populer

Label